Selasa, 10 November 2009

Kaitan Antara Karektor Dan Cinta Anda

Dalam hidup ini sememangnya bukan mudah untuk mencari cinta yang sejati. Namun jangan gusar kerana cinta itu sentiasa ada dan terpulang kepada diri anda untuk mencari dan akhirnya, memiliki cinta sebenar.

Bagaimanapun dalam meraih cinta sejati, ramai di antara kita yang bingung. Maklumlah bercinta sudah bertahun-tahun lamanya dan dirasakan dialah insan yang paling sesuai, tetapi akhirnya putus jua di pertengahan jalan.

Situasi ini membuatkan sesetengah individu merasa serik untuk bercinta. Sesiapa yang pernah berdepan dengan masalah tersebut, janganlah terlalu bimbang. Ini kerana terdapat beberapa panduan yang boleh dijadikan asas untuk memilih pasangan berdasarkan karektor sebenar diri anda.

Apa yang anda perlu lakukan, kaji personaliti diri dan pilihlah kekasih yang bersesuaian mengikut panduan yang diberikan. Moga-moga pilihan anda kali ini bertepatan dan percintaan anda berakhir di pelamin indah. Jika masih tidak kesampaian, cuba sekali lagi sehingga anda berjaya.

1. Karektor pendiam dan pemalu
Selalunya mereka yang mempunyai karektor sebegini agak sukar untuk mencari pasangan hidup. Maklumlah kebanyakan orang sekarang lebih sukakan teman yang bijak bersosial dan senang untuk berbicara di dalam apa jua situasi.

Jika kamu mempunyai karektor sebegini, pasangan yang dipilih haruslah seorang yang ceria dan gemar bergurau. Sikapnya yang ceria dan mudah tersenyum pasti akan memberikan warna kepada kehidupan anda yang sebelum ini agak beku dan kaku.

Si dia juga perlulah seorang yang bijak merancang pelbagai aktiviti menarik untuk diisi bersama anda, contohnya keluar membeli-belah atau pergi menonton wayang. Maklumlah, jika dia mengharapkan anda, sudah pasti lokasi pilihan anda hanyalah perpustakaan kerana tidak perlu bercakap banyak di kawasan tersebut.

Walaupun si dia bijak mengambil hati anda, namun anda juga sesekali perlu keluar daripada kepompong sikap anda yang terlalu pendiam atau pemalu itu. Apa kata sesekali anda berikan hadiah sebagai kejutan kepadanya. Pasti si dia teruja dan kagum dengan komitmen yang anda berikan.

Untuk mencari kekasih, anda perlu elakkan individu yang mempunyai karektor seperti anda. Jika anda terjatuh cinta dengan insan yang juga pendiam dan pemalu, sudah pasti perhubungan yang terjalin suram dan akhirnya tidak mampu bertahan lama.

Ingat, di dalam sesebuah perhubungan, apa yang penting adalah sikap sentiasa ceria dan menggembirakan hati pasangan anda.

2. Peramah atau periang
Bagi mereka yang mempunyai sikap peramah dan periang, kekasih yang menjadi pilihan seharusnya mereka yang mempunyai karektor yang sama dengan anda. Barulah hidup anda serasi dan perhubungan yang terjalin mampu bertahan lama.

Persamaan yang ada pada diri anda dan si dia juga pasti akan dicemburui oleh rakan-rakan anda yang lain. Tetapi jangan risau, mereka sebenarnya hanya cemburu melihat kemesraan yang terjalin di antara kalian, tidak lebih daripada itu.

Jika anda memilih pasangan yang pendiam, pasti anda akan merasa bosan. Maklumlah apabila anda membuat lawak, hanya anda seorang yang ketawa. Sebaliknya si dia hanya mendiamkan diri kerana tidak faham dengan lawak yang anda lakukan.

Selain itu elakkan juga diri anda dengan individu yang terlalu pemalu, sensitif ataupun romantik. Jiwa anda sebenarnya agak kasar dan tidak suka terlalu memikirkan perkara-perkara yang kecil. Lebih teruk, anda juga tidak tahu untuk memujuk sekiranya pasangan anda merajuk untuk perkara yang anda rasakan tidak wajar untuk diperbesarkan.

3. Lincah dan aktif
Kehidupan anda yang terlalu banyak komitmen termasuklah terhadap kerjaya, keluarga dan teman-teman membuatkan anda sukar untuk mendapatkan pasangan yang benar-benar serasi.

Untuk anda yang mempunyai karektor sebegini, anda perlu mencari kekasih yang sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan dengan apa sahaja yang anda lakukan. Lebih seronok jika si dia boleh berkongsi minat dengan anda serta mampu menjadi sebahagian daripada rakan-rakan baik anda.

Maklumlah pada zaman sekarang bukan mudah untuk mencari wanita yang suka dengan aktiviti lasak seperti mendaki gunung atau mengembara ke lokasi-lokasi yang jauh terpencil. Jika anda bertemu dengan insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dialah paling tepat untuk menjadi pasangan hidup anda.

Individu yang perlu anda elakkan ialah mereka yang terlalu sensitif atau mudah merajuk. Sebabnya anda bukan seorang yang romantik dan tugas memujuk adalah sesuatu yang amat sukar untuk anda lakukan.

4. Sensitif
Mereka yang terlalu sensitif sebenarnya agak sukar untuk mencari pasangan yang serasi. Mereka terlalu mudah terasa dan jiwa yang dimiliki terlalu lembut. Oleh itu, insan yang mahu berdampingan dengan mereka perlr=u sentiasa menjaga perlakuan serta tutur kata agar si dia tidak terluka.

Orang yang paling sesuai dengan anda tentulah seorang romantis, pandai memujuk dan membelai, manja serta berjiwa lembut. Insan yang berjiwa lembut juga kebiasaannya sangat bijak mengambil hati dan amat serasi dengan diri anda yang sensitif.

Jangan sekali-kali mencari mereka yang lincah ataupun aktif kerana anda tidak akan terkejar dengan pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Akhirnya anda akan merasa diabaikan, membawa diri dan seterusnya perhubungan yang terjalin musnah begitu sahaja.

5. Berkeyakinan
Sikap yakin yang ada pada diri anda memnag bagus. Namun jika anda terlalu yakin dengan apa sahaja yang anda lakukan hingga ada teman yang melabelkan anda sebagai angkuh, sudah pasti anda sukar untuk mencari pasangan yang serasi.

Untuk mereka yang berkeyakinan, pasangan yang paling cocok dengan anda ialah individu yang berpendidikan tinggi serta bijak berkata-kata. Sekurang-kurangnya anda mempunyai teman untuk bertukar-tukar fikiran kerana ’standard’ yang dimiliki oleh pasangan anda seiring dengan keyakinan yang anda miliki.

Namun harus diingat, sikap yakin perlu diimbangi dengan rasa sabar dan bertimbang rasa supaya mereka yang mendampingi anda berasa selesa apabila keluar bersama. Apabila keselesaan itu wujud, anda bolehlah menyemai keserasian untuk hidup bersama.

sumber link :
http://malaysiakuboleh.wordpress.com/2009/09/25/kaitan-antara-karektor-dan-cinta-anda/

Tidak ada komentar:


review http://mahesakujenar.blogspot.com on alexa.com
free counters

Followers

 
heramkempek © . Template by: SkinCorner. SEO By: Islamic Blogger Template