Sabtu, 02 Juli 2011

PENCURI DAN 'ABID (ORANG AHLI IBADAH)

Di zaman Nabi Musa
a.s. ada seorang
hamba Allah yang
kerjanya mencuri.
Sudah 40 tahun dia
mencuri. Suatu hari, dia
melihat Nabi Musa a.s.
sedang berjalan.
Terlintas di hatinya
untuk berjalan
bersama Nabi Musa
a.s. Katanya; “ Kalau
aku dapat berjalan
bersama Nabi Musa,
mudah-mudahan ada
juga berkatnya untuk
aku.”
Tetapi setelah
difikirkannya baik-
baik, dia tidak jadi
melaksanakan niatnya
itu. Dia berkata, “Aku
ini pencuri. Manalah
layak pencuri macam
aku ini berjalan
bersama seorang
nabi.” Sejurus
kemudian, dia melihat
pula seorang abid
berlari-lari mengejar
Nabi Musa a.s. dari
belakang. Si abid ini
telah beribadah secara
istiqamah selama 40
tahun dan dia 'abid yg
masyhur, sudah
dikenali oleh banyak
orang. Si pencuri itu
berkata di dalam
hatinya, “Baik aku
berjalan bersama si
abid ini. Moga-moga
ada juga kebaikannya
untuk aku.”
Lantas si pencuri
menghampiri si abid
dan meminta izin untuk
berjalan bersamanya.
Tapi apabila telah
dekat si pencuri, si
abid terkejut dan terus
merasa takut. Dia
berkata di dalam
hatinya, “Celaka aku!
Kalau si pencuri ini
berjalan bersama aku,
takut-takut nanti
rusak segala kebaikan
dan amalanku.”
Si abid terus berlari
lebih cepat supaya si
pencuri tidak dapat
ikut. Tapi Si pencuri
tadi terus mengejar si
abid karena hendak
berjalan bersamanya.
Akhirnya kedua-dua
mereka sampai secara
bersamaan kepada
Nabi Musa a.s.
Nabi Musa a.s.
kemudian berpaling
dan bersabda kepada
mereka berdua, “ Aku
baru saja mendapat
wahyu dari Allah Taala
supaya memberitahu
pada kamu berdua
bahawa segala amalan
baik dan buruk kamu
telah dihapus oleh
Allah.” Maka
terkejutlah si abid dan
si pencuri tadi.
Berbahagialah si
pencuri kerana segala
dosanya mencuri
selama 40 tahun telah
diampunkan oleh Allah.
Celaka dan dukacitalah
si abid kerana segala
amalan dan ibadahnya
selama 40 tahun telah
ditolak dan tidak
diterima oleh Allah.
Rupa-rupanya si
pencuri itu, walaupun
kerjanya mencuri, dia
tidak suka akan
perbuatannya itu. Dia
miskin dan
tanggungannya
banyak. Masyarakat
ketika itu sudah rusak
dan orang kaya
enggan membantu fakir
miskin. Dia mencuri
kerana terpaksa. Oleh
karena itu, setiap kali
dia mencuri, dia amat
merasa bersalah dan
berdosa. Jiwanya
tersiksa dan
menderita. Selama 40
tahun dia menanggung
rasa berdosa itu dan
selama itu juga jiwanya
parah menanggung
derita. Selama 40 tahun
hatinya merintih
meminta belas kasihan,
keampunan dan
mengharapkan kasih
sayang Tuhan.
Si abid pula, amat
yakin ibadahnya
mampu
menyelamatkannya. Dia
yakin ibadahnya akan
dapat menjadikan dia
layak masuk Syurga.
Setiap kali dia
beribadah, dia rasa
dirinya bertambah baik.
Setiap kali dia
beribadah, dia rasa
dirinya bertambah
mulia. Selama 40 tahun
si abid ini mendidik
hatinya supaya merasa
lebih baik dan lebih
mulia setiap kali dia
membuat ibadah.
Hingga dia merasa
tidak layak bergaul
dengan golongan ahli
maksiyat, tidak suka
berjalan bersama
orang yang hina dan
berdosa. Dia merasa
hanya layak berjalan
bersama para Nabi.
Maha Suci Allah yang
mengetahui segala isi
hati manusia. Yang
tidak melihat akan
amalan-amalan lahir
tetapi apa yang ada di
dalam hati. Yang
menilai hamba-Nya
menurut apa yang
mampu dilakukan oleh
hamba-Nya dan tidak
lebih dari itu. Yang
menguji manusia
dengan kesusahan dan
nikmat untuk
mengetahui siapa di
kalangan hamba-
hamba-Nya yang
benar-benar berjiwa
hamba dan merasa
bahawa Allah itu
Tuhannya.
semoga dg kisah ini,
kita semua bisa
mengambil hikmah agar
kita tidak menjadi
orang-orang yg
sombong, yg
menjadikan semua amal
kita tidak bernilai sama
sekali di sisi Allah.

Tidak ada komentar:


review http://mahesakujenar.blogspot.com on alexa.com
free counters

Followers

 
heramkempek © . Template by: SkinCorner. SEO By: Islamic Blogger Template