Minggu, 03 Juli 2011

Dunia Penuh Beban (Rumi)

Dari langit setiap saat
wahyu turun ke dalam
kalbumu,
“Bagaikan sampah berapa lamakah usia hidupmu di atas bumi? Naiklah!”

Sesiapa yang beban jiwanya berat, pada
akhirnya akan menjadi sampah.

Apabila sampah
memenuhi tong,
bersihkan!
Janganlah lumpur itu dibuat kewruh setiap kali,
Agar air kolammu
jernih dan sampah
mudah dibuang dan dukamu sembuh.

Demikian roh, bagaikan obor, asapnya lebih
tebal dibanding
cahayanya.

Apabila gumpalan asap lenyap, cahaya dalam
rumah tak akan
dipermainkan lagi.

Kau sentiasa bercermin ke dalam air keruh,
Kerana itu bukan bulan ataupun matahari kau
lihat.

Apabila kegelapan
menutup langit,
matahari dan bulan tak nampak.
Angin utara bertiup, udara segar.

Untuk membawa udara segar angin sepoi bertiup pada waktu subuh.
Angin roh bertiup
membuat segar dada yang sesak
disebabkan derita.

Nafas ringan terhela dan jiwa rasa hampa.
Di bumi roh ialah
pengembara asing, negeri tanpa ruang
itulah yang ia
rindukan,

Mengapa nafsu amarah sentiasa gelisah?
Roh suci, berapa
lamakah kau akan
mengembara di bumi?

Kau elang raja,
terbanglah kembali kepada siul Baginda!

0 komentar:

Followers

Mbh